PM terima Kad Perakuan Media emas

Category: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”23839″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan Kad Perakuan Media khas kategori Emas daripada Jabatan Penerangan (Japen) sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 hari ini.

Pemberian itu merupakan sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin nombor satu negara itu dalam memartabatkan kebebasan media di negara ini.

Penyampaian Kad Perakuan Media kategori Emas itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kepada Perdana Menteri di sebuah hotel di Meru, Ipoh hari ini yang turut dihadiri timbalannya, Teo Nie Ching.

Kad Perakuan Media merupakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada pengamal media daripada agensi dan syarikat media yang telah didaftarkan dan diperakukan oleh kerajaan secara rasmi.

Kad tersebut dikeluarkan melalui Japen untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan.

Warna merah pula mewakili media antarabangsa sementara warna emas kepada pegawai penyelaras media.

Purata tahunan pengeluaran bagi permohonan  baharu dan memperbaharui kad perakuan oleh pengamal media di negara ini adalah sebanyak 3,000 keping setahun. – Edisi 9[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]