PROGRAM INFLUENCER@JAPEN PLATFORM SEBAR MAKLUMAT PANTAS

Kategori: Liputan Berita 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”7948″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KOTA KINABALU: Program Influencer@JaPen yang dilaksanakn Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menjadi platform penyebaran maklumat secara pantas melalui media sosial dan komunikasi bersemuka secara maya.

Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin berkata program itu merupakan inisiatif dalam mempelbagaikan corak penyampaian maklumat bagi liputan yang lebih meluas dan efektif.

“Melalui program ini, kita dapat menyalurkan maklumat yang tepat mengenai dasar dan inisiatif kerajaan serta mengetengahkan topik-topik semasa kerajaan kepada rakyat.

“Dalam pada itu, ia membolehkan masyarakat mendapat akses maklumat berkenaan secara mudah melangkaui sempadan demografi rakyat Malaysia seluruh dunia.

“Tambahan pula, pandemik COVID-19 yang melanda negara memerlukan kita mengurangkan program-program ditempat tertutup dan melibatkan orang ramai dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan,” katanya ketika ditemui media selepas Influencer@JaPen yang pertama di Sabah berlangsung di Wisma Dang Bandang, pada Selasa.

Tambah Yunus, program itu juga akan menjadi elemen penting bagi meneruskan legasi JaPen sebagai ejen pemasaran maklumat dan dasar-dasar kerajaan seiring dengan perubahan era dunia digital masa kini.

Influencer pertama yang dijemput JaPen Sabah ialah Pengarah Perangkaan Sabah, Zainol Jamil yang membicarakan isu Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2020, MyCensus 2020 yang akan disiarkan di media sosial rasmi Facebook JaPen Sabah pada 8 September 2020, pukul 3.00 petang.

Sebanyak lima siri akan dikeluarkan bagi tahun 2020 dan orang ramai dijemput untuk mengikuti akaun rasmi JaPen Sabah (@jabatanpenerangansabah) bagi mendengar dan melihat perkongsian daripada jemputan yang mempunyai kepakaran untuk berkongsi pengetahuan mereka berpandukan topik tertentu.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]