PROGRAM “INFO ON WHEELS” BERI FOKUS KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN TANGANI CORONAVIRUS

Category: 2019-nCoV, Liputan Berita 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3435″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]BANDAR HILIR, 4 Feb – Program “Info on Wheels” (IOW) anjuran Jabatan Penerangan turut memberi fokus kepada petugas-petugas di barisan hadapan dalam usaha menangani penularan wabak coronavirus.

Penolong Pengarah Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Melaka, Nur Hasnani Abdul Wahab berkata, perhatian yang sama turut diberikan kepada petugas-petugas barisan hadapan kerana mereka terlibat
secara terus dengan pelancong dan berpotensi menerima jangkitan.

Jelasnya, memandangkan Melaka antara penerima terbesar pelancong luar, usaha perlu dipergiat agar risiko penularan wabak itu dapat dikurangkan.

Beliau berkata demikian selepas Program Edaran Bahan Penerbitan dan Topeng Muka bersama Majlis Keselamatan Negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bandar Hilir.

200 topeng muka dan risalah diedar kepada agensi- agensi yang terlibat secara terus dengan pelancong seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pemain industri lain seperti penarik beca dan pemandu pelancong.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]