[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”6820″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]LABUAN: Program Info On Wheels-Merdrka (IOW) anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyuntik semangat rakyat Labuan untuk terus merasa bangga dan cintakan negara.
Menurut Pengarah Penerangan Labuan, Supian Musa, program yang bermula dengan singgah di dua lokasi iaitu di Jabatan Penyiaran Labuan dan Balai Raya Kampung Pantai adalah bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020.
“Program ini adalah untuk menyemai rasa bangga kepada negara sesuai dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’ dan sekaligus menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bangga menjadi rakyat Malaysia.
“Kami akan terus menjelajah ke pelusuk kampung, agensi kerajaan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan serta badan korporat bagi mewujudkan suasana semangat mengibarkan Jalur Gemilang dan sudah tentu kita mengharapkan seluruh masyarakat di sini mengibarkan sama Jalur Gemilang sebagai tanda sayang kepada negara,” katanya yang ditemui pada program itu pada Sabtu.
Selain itu katanya, Jabatan Penerangan turut mengisi sambutan Bulan Kebangsaan dengan beberapa program lain antaranya Semarak Merdeka, Pertandingan Pidato Kenegaraan dan Pengisahan Kenegaraan.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab Manan melahirkan rasa bangga dapat turut serta dalam program tersebut.
“Sebagai pemimpin masyarakat sudah tentu kami merasa bangga terlibat serta dalam memastikan rasa cinta kepada negara terus dikobarkan pada setiap warga Malaysia.“Saya menyeru agar kita semua kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kita cintakan kepada negara kerana negara ini tempat kita lahir dan perlu kita pastikan setiap warganya sama-sama prihatin dan cakna kepada negara bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya.
-BORNEODAILYBULLETIN-[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]