PROGRAM KOMUNITI EKSPLORASI NEGARAKU BERJALAN LANCAR

Category: Liputan Berita 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”7935″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]SANDAKAN: Program Merdeka atau Komuniti Eksplorasi Negaraku anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di Pulau Lankayan berjalan lancar.

Program sempena bulan kebangsaan itu di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui JAPEN bertujuan untuk menyemarakkan dan menggelorakan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam bulan kebangsaan.

Pegawai Penerangan Daerah Sandakan, Geraldine Voo Yee Wen berkata, walaupun banyak perancangan program-program sempena Bulan Kemerdekaan ini terpaksa diubahsuai agar ia bersesuaian dengan keadaan semasa kerana wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ini namun ia diharap mencapai objektif penganjuran program tersebut.

“Disebabkan COVID-19 juga, orang ramai telah mengubah cara hidup dapat menyesuaikan diri dalam keadaan ini. Kita terpaksa menyesuaikan diri untuk hidup bersama COVID-19.”

“Tetapi banyak SOP yang telah diimplementasikan untuk memastikan penyakit ini tidak merebak dan kesihatan dan keselamatan orang ramai terjaga,” katanya kepada media selepas merasmikan program itu di Pusat Peranginan Pulau Lankayan di sini pada Selasa.

Pada program itu, turut melibatkan agensi-agensi keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Tentera Laut Diraja Malaysia, rakan-rakan media serta rakan strategik.

Terdahulu, Geraldine berkata demikian merupakan kali pertama JAPEN Sandakan menganjurkan program mengibarkan Jalur Gemilang di dasar Iaut.

Jelasnya, Japen ingin membawakan kelainan dalam mengekspresikan semangat kemerdekaan pada tahun ini dengan menumpukan penganjuran program luar bangunan .

“Selalunya, jabatan kami membuat program dalam bangunan tetapi sekarang kami cuba menumpukan perhatian kepada menganjurkan program luar bangunan juga. Julung-julung kali kami mengadakan program yang sebegini mencabar daripada aspek pengurusan dan penglibatan pelbagai pihak yang begitu banyak membantu menjayakan program ini,” katanya lagi

Selain itu katanya, JAPEN ingin mewujudkan kolaborasi yang lebih utuh dengan pelbagai pihak dari segi kerjasama menerusi aktiviti atau lebih dikenali sebagai Blue Ocean Strategy.

Tambahnya, Japen berharap dapat menjalin kerjasama yang erat dengan pelbagai pihak bagi memastikan kesalinghubungan dapat dieratkan agar matlamat menjadikan rakyat dan masyarakat bermaklumat dapat dipertingkatkan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]