PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI EKSPRESI NEGARAKU SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME

Category: Liputan Berita 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”7836″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]SANDAKAN: Program Merdeka @Komuniti Ekspresi Negaraku anjuran Pejabat Penerangan Daerah Sandakan menjelajah Pulau Selingan dan Pulau Bakkungan Kecil, dekat sini, Sabtu lalu untuk menyemarakkan dan menggelorakan semangat patriotisme serta cintakan negara sempena bulan kemerdekaan.

Kedua-dua pulau ini adalah taman pulau-pulau penyu dan keindahannya yang cukup mempesonakan ternyata terserlah dengan kibaran bendera Jalur Gemilang.

Serombongan rakan strategik diketuai oleh Pegawai Penerangan Sandakan, Geraldine Voo Yee Wen tiba di Pulau Selingan pada sekitar jam 9 pagi.

Rakan-rakan strategik yang hadir menjayakan program untuk bersama-sama menggelorakan Sambutan Bulan Kemerdekaan terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Jabatan Penyiaran Sandakan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Sandakan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sandakan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sandakan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan dan rakan-rakan media Sandakan.

Sejurus tiba di pulau itu, rakan-rakan strategik Jabatan Penerangan (JAPEN) diberikan taklimat ringkas pihak Taman-Taman Sabah berhubung kedudukan pulau yang menjadi lokasi pendaratan penyu untuk bertelur selain aktiviti penetasan anak-anak penyu sebelum dilepaskan ke laut.

Ia disusuli satu taklimat norma baharu dari Pegawai Penerangan (Pendidikan Kesihatan) Unit Promosi Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Joumil Ekim mengenai Pandemik Wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia dan negara ini, seterusnya penyerahan Jalur Gemilang kepada rakan-rakan strategik JAPEN Sandakan termasuklah Taman-Taman Sabah.

Program santai turut menyaksikan JAPEN diberikan peluang sebagai salah satu jabatan yang terlibat dalam program ‘Anak Angkat Penyu’ merupakan inisiatif Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Taman-Taman Sabah dalam usaha mempelbagaikan aktiviti dan mendorong penyertaan pengunjung bagi pemuliharaan penyu.

Dalam pada itu, APM tampil prihatin dengan menyampaikan sumbangan berupa ‘Face Mask’ atau pelitup muka kepada Taman-Taman Sabah dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta penyerahan risalah dan poster COVID-19 daripada Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan.

Rombongan rakan-rakan strategik kemudiannya meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya, iaitu Pulau Bakkungan Kecil yang hanya terletak berhadapan dengan Pulau Selingan.

Di pulau berkenaan, aktivitinya hanya santai sambil bersiar-siar menyaksikan keindahan pulau yang memukau dan pihak APM turut melakukan aktiviti menyelam ke dasar laut sebagai tanda melambangkan ekspresi rakyat terhadap kemerdekaan negara.

Terdahulu dari itu, Geraldine berkata objektif program adalah bagi menyemarakkan dan menggelorakan semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan masyarakat sempena bulan kemerdekaan.

Harapannya program seperti Info on Wheels dan Merdeka @Komuniti ini dapat meningkatkan kesedaran serta penghayatan kemerdekaan di kalangan masyarakat.

“Selain menggalakkan penglibatan menyeluruh melalui badan sukarela dan masyarakat yang pelbagai agama, bangsa dan negara … diharap program seumpama ini dapat memupuk sekaligus mengerat jalinan perpaduan dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju jaya dengan rakyat mempunyai jati diri dan integriti,” katanya semasa berucap pada program itu.

Beliau berkata, Program Merdeka @Komuniti Ekspresi ini merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan Malaysia yang bertujuan untuk menyemarak dan menggelorakan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam bulan kemerdekaan.

Katanya, program ini cuba melibatkan penyertaan komuniti setempat dengan tujuan untuk menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat terutama anak muda dan para belia merupakan peneraju masa hadapan negara.

“Banyak perancangan program-program sempena bulan kemerdekaan ini terpaksa diubahsuai supaya bersesuaian dengan keadaan semasa kerana wabak COVID – 19 yang sedang melanda negara … bagaimanapun, diharapkan program yang telah dianjurkan dapat mencapai objektif tersebut,” jelasnya.

Geraldine turut mengambil kesempatan dengan melahirkan ucapan terima kasih pihak jabatan kepada Taman-Taman Sabah serta rakan-rakan strategik kerana sudi hadir bersama-sama menjayakan program amat bermakna itu.

“Harapan jabatan melalui program seperti ini dapat melibatkan masyarakat setempat untuk beramah-mesra dan berkenalan dan pada masa sama boleh sama-sama menyambut bulan kemerdekaan ini,” ujarnya.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]