PROGRAM PEMBEKALAN BARANGAN ASAS 100 (BA100), USAHA KURANGKAN KOS SARA HIDUP GOLONGAN B40

Category: Infografik 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3938″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]MELAKA, 23 Feb – Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup golongan B40 terutamanya bumiputera di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata program anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu dilihat banyak memberi manfaat sosio-ekonomi kepada masyarakat.

Tambah Mohd Redzuan, dengan penawaran jualan barangan asas pada harga berpatutan, ia membantu meringankan beban masyarakat yang kurang mampu.

 

Beliau merasmikan Program Mesra Koperasi Bazar Jualan Harga Patut Barang Asas 100 (BA100) di Kompleks Perkim, Masjid Tanah, Melaka.

Turut hadir, Presiden Angkasa Datuk Haji Abdul Fattah Haji Abdullah.

BA100 merupakan satu program bersepadu yang diperkenalkan oleh Angkasa dalam usaha mewujudkan pusat pemborongan dan peruncitan BA100 selain dapat menggerakkan perniagaan koperasi.

Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan masyarakat setempat dengan ANGKASA dan koperasi melalui pendedahan maklumat terkini program program ditawarkan.

–BERITA RTM

https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/15793-program-pembekalan-barangan-asas-100-ba100-usaha-kurangkan-kos-sara-hidup-golongan-b40[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]