IPOH – Peranan dan capaian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan diperluas kepada semua peringkat komuniti di seluruh negara, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, program rintis itu akan digerakkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Jabatan Penerangan (JaPen) menerusi Komuniti Madani di kawasan masingmasing. Menurutnya, melalui pembaharuan itu, semua program yang dirangka semula untuk NADI dapat dimanfaatkan bukan hanya komuniti satu-satu kawasan tetapi merangkumi semua kampung.
“Kita tahu, sesetengah DUN (Dewan Undangan Negeri) itu kawasannya besar, tetapi hanya terdapat kemudahan satu NADI sahaja.
“Kalau boleh kita tidak mahu manfaatnya dinikmati komuniti terdekat sahaja, sebab itu untuk ke hadapan, kita akan bekerjasama dengan JaPen melalui Komuniti Madani.
Hadir sama, Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi dan Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. Fahmi berkata, pembangunan NADI yang dijenamakan semula daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) itu bukan sekadar menyediakan perkhidmatan jaringan internet yang pantas.
Katanya, NADI turut menyediakan beberapa modul, latihan serta kelas-kelas program seperti kecerdasan buatan (AI) untuk komuniti setempat yang ingin mengetahuinya secara lebih mendalam.
“Kemudahan e-Perubatan juga disediakan yang mana dengan kelajuan internet yang ada, warga setempat boleh datang membuat saringan kesihatan asas selain mendapatkan nasihat mengenai isu-isu kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, suri rumah, Shahrol Bariah Isa, 50, sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan NADI kerana memudahkan urusannya melakukan pendaftaran berkaitan inisiatif kerajaan seperti Pangkalan Data Utama (PADU) dan kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
“Kebetulan NADI dekat sahaja dari rumah, jadi apa sahaja urusan berkaitan kemas kini atau pendaftaran kerajaan yang memerlukan secara dalam talian, saya akan ke situ.
“Lebih mudah kerana kalau ada masalah, staf boleh bantu dan urusan pun dapat selesai lebih cepat,” katanya.