Sinar Harian, 17 Aug 2023, Segera tukar Jalur Gemilang lusuh

Kategori: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”25553″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KOTA BHARU – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan menyarankan rakyat di negeri ini supaya segera menukar Jalur Gemilang lusuh dan koyak kepada yang baharu serta mengibarkan bendera itu di kediaman masing-masing dalam usaha menyemarakkan semangat kemerdekaan ke-66 tahun ini.

Pengarah JaPen Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, Jalur Gemilang atau bendera Malaysia perlu dihormati dan diletakkan di tempat yang sewajarnya lebih-lebih lagi adanya simbol bulan sabit yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Katanya, masyarakat juga perlu mengelak daripada melakukan perbuatan tidak wajar atau menghina bendera misalnya menggantungkan Jalur Gemilang secara terbalik.

“Sempena kemerdekaan Malaysia tahun ini, gantung bendera di rumah masing-masing dan pastikan tempat itu munasabah serta baik.

“Bendera lusuh atau koyak perlu digantikan dengan baharu kerana bendera ini ialah maruah kita dan bukan perkara main-main serta jangan melakukan perbuatan yang dianggap menghina negara,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian Sambutan Jalur Gemilang Peringkat Wisma Persekutuan negeri Kelantan, di sini pada Khamis.

Turut hadir merasmikan program Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin.

Menurut Muhd Nor Aswadi, kempen sambutan Kemerdekaan di negeri itu tahun ini sudah bermula pada 23 Julai lalu menerusi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di beberapa lokasi terpilih seluruh negeri Kelantan.
Katanya, kempen-kempen akan diteruskan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 2023 dengan tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan melalui 66 program yang diadakan di seluruh negeri ini.

“Kami mengadakan program Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Kelantan di Tunjung dan Semarak Gemilang di tiga lokasi terpilih iaitu di Kampung Tradisi, pusat pelancongan di pantai dan di kawasan pasar.

“Di samping itu juga, turut diadakan program-program di sekolah-sekolah yang mempunyai k

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]