TUN MAHATHIR PANTAU PROJEK DEMONSTRASI 5G DI LANGKAWI

Category: Infografik 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”2531″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]LANGKAWI, 19 Jan — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melawat lokasi projek demonstrasi 5G di Hospital Sultanah Maliha, di sini yang menjalankan percubaan teknologi itu dalam sektor perubatan.

Beliau diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye.

Dr Mahathir yang tiba di hospital itu kira-kira pukul 3.15 petang meluangkan masa lebih 30 minit untuk melihat dua demonstrasi penggunaan teknologi generasi kelima itu, iaitu konsultasi perubatan jarak jauh dan kemudahan ambulans yang dilengkapi rangkaian itu.

Bagi projek ambulans yang mendapat kerjasama syarikat telekomunikasi Digi, pasukan perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan menunjukkan bagaimana teknologi itu membolehkan pemindahan data secara nyata yang mempercepatkan diagnosis menggunakan elektrokardiogram (ECG) dan imbasan ultrabunyi dari dalam ambulans.

Perdana Menteri kemudian menyaksikan demonstrasi bagaimana konsultasi perubatan jarak jauh dilakukan pengamal perubatan hospital itu dengan pegawai perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star bagi merawat mangsa nahas jalan raya.

Berita penuh: http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1807779

Sumber: BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]