UNIT BERGERAK SEBAR MAKLUMAT COVID-19

Category: Liputan Berita 2020

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”6817″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]JABATAN Penerangan Negeri Perak menggunakan kenderaan daripada unit bergerak untuk ke 12 daerah di Perak bagi membantu menghebahkan maklumat berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kenderaan itu turut menghebahkan maklumat berkenaan peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit yang diwartakan hari ini.

Pengarah Penerangan Perak, Mohd Taip Ubah berkata, semua pejabat penerangan daerah di Perak diarahkan untuk membuat hebahan dari semasa ke semasa kepada masyarakat berkaitan perintah kawalan ini serta bahaya koronavirus baharu (Covid-19).

“Unit ini bergerak ke kawasan tumpuan seperti premis perniagaan, perumahan, kampung, penempatan Orang Asli serta lokasi tumpuan masyarakat termasuk pasar awam.

“Unit ini membuat hebahan tiga kali sehari iaitu pada pagi, tengah hari dan petang dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Jabatan Penerangan turut merayu orang ramai untuk memberi kerjasama serta mematuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa bagi membanteras penularan Covid-19.

-MYMETRO-[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]