Utusan Borneo Post, 15 Julai 2023, Raptai penuh pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang berjalan lancar

Category: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”25099″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]IPOH: Raptai penuh sambutan majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang akan berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini esok, berjalan lancar pagi ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mastura Ahmad Mustafa berkata segala persiapan rapi telah dijalankan dan beliau amat berpuas hati dengan segala kerjasama yang diberikan oleh agensi kerajaan Perak.

“Saya menyaksikan raptai bermula pagi ini, menunjukkan persiapan hampir 100 peratus telah sedia untuk pelancaran esok.

“Saya amat berbangga dengan kerjasama ditunjukkan, terutamanya di bawah agensi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sendiri dan sokongan kerajaan negeri, dalam menjayakan program diterajui Jabatan Penerangan (JaPen),” katanya ketika ditemui pemberita ketika meninjau persiapan majlis itu di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan seramai lebih 10,000 pengunjung yan

Selain 6,600 Langkah Perpaduan pada pagi esok, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bermula hari ini antaranya Jualan Rahmah, pameran reruai agensi kerajaan, pertandingan bintang patriotik, kuiz kenegaraan dan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

Polis Diraja Malaysia pula akan membuka kaunter bayaran saman yang menawarkan pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus bermula 8.30 pagi hingga 3 petang pada Ahad.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di sini esok.

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid berkata pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG 2023), turut akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri esok sebelum konvoi disertai kenderaan JaPen dan agensi kerajaan bersama motosikal berkuasa tinggi dan komuniti setempat itu, menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen Erwin Khairul Ahmad berkata pelakon Syed Mohamad Asri atau Usop Wilcha, dilantik sebagai ikon dan ‘influencer’ bagi memeriahkan lagi sambutan itu.

Beliau berkata Usop Wilcha, turut berperanan menghebahkan mengenai pelancaran dan pengisian aktiviti menerusi media sosial dan rakaman video di media rasmi.

“Beliau akan berada di sekitar lokasi program pada hari ini dan esok untuk bersama-sama menjayakannya,” katanya. – BERNAMA

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]