UTUSAN MALAYSIA, PRN: KKD PASTIKAN CAPAIAN INTERNET DI PUSAT PENAMAAN CALON, PENJUMLAHAN UNDI DALAM KEADAAN BAIK, 25 JUN 2023

Category: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”24319″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memastikan capaian internet di pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah diarah untuk membuat penelitian segera terhadap masalah capaian internet di pusat-pusat yang terlibat nanti.

“Buat masa ini, KKD masih belum mempunyai senarai pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan undi dan sedang menunggu senarai berkenaan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Selepas menerima senarai berkenaan, kita akan pastikan SKMM meneliti capaian internet di kawasan berkenaan supaya berada pada tahap yang baik dan memuaskan,”katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Komuniti Madani Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Wawa, Jalan Kelochor di sini hari ini.

Fahmi memberitahu, menyelesaikan masalah capaian internet adalah antara tugas dan fungsi Komuniti Madani.

Katanya, Komuniti Madani ini akan bekerjasama dengan SKMM untuk membantu kita mengenalpasti lokasi  yang menghadapi masalah capaian internet.

“Mereka akan dikerah untuk turun padang bagi mengenalpasti lokasi-lokasi berkenaan serta memberi laporan segera kepada pihak terbabit.

“Selain itu, semalam syarikat telekomunikasi maxis dan celcom juga telah mengumumkan untuk menjalinkan kerjasama bagi mengatasi masalah ‘drop call’ dan beberapa masalah lain. Ini adalah antara usaha untuk menyelesaikan masalah secara lebih menyeluruh,” ujarnya.-UTUSAN[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]