10 SEPTEMBER 2021, ASTRO AWANI, JAPEN PERLU CARI INISIATIF BAHARU, TUKAR GAYA BEKERJA DI ERA PANDEMIK – ANNUAR MUSA

Category: Liputan Berita 2021

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”12715″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia perlu mencari inisiatif baharu di zaman pandemik COVID-19 dan menukar cara bekerja daripada komunikasi secara bersemuka kepada penggunaan media sosial.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar musa membuat gesaan itu bagi memastikan maklumat seperti bantuan kerajaan kepada rakyat dapat disampaikan dengan lebih pantas.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, pada Jumaat.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]