27 DISEMBER 2021, RTM, JAPEN BANTU SALUR MAKLUMAT BANJIR
jonathan2023-10-27T18:16:09+08:0017 NOVEMBER 2021, THE STAR, MELAKA POLLS: JAPEN INTENSIFIES CAMPAIGN TO GET PUBLIC TO VOTE
jonathan2023-10-27T18:22:34+08:0017 NOVEMBER 2021, BERNAMA, JAPEN PERGIAT KEMPEN IOW GALAK RAKYAT KELUAR MENGUNDI
jonathan2023-10-27T18:22:34+08:0017 NOVEMBER 2021, SINAR HARIAN, JAPEN MELAKA PERHEBAT HEBAHAN KELUAR MENGUNDI
jonathan2023-10-27T18:22:34+08:001 NOVEMBER 2021, SABAH MEDIA, KELAB SAHABAT PENERANGAN PERKASA PENYAMPAIAN MAKLUMAT
jonathan2023-10-27T18:22:34+08:00KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) disaran menubuhkan sebuah Kelab Sahabat Penerangan dalam memperkasakan lagi penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, generasi muda masa kini antara nadi penyebaran maklumat.
“Justeru, kita menyarankan pertubuhan kelab ini untuk anak-anak muda yang mana, mereka ini akan diberikan kursus serta penerangan dari semasa ke semasa mengenai isu-isu terkini.
“Melalui kaedah ini, penyampaian maklumat kepada generasi muda yang mampu membentuk hala tuju negara dapat disampaikan dengan lebih efektif,” katanya dalam Majlis Amanat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Warga Jabatan Penerangan Sabah di sini, kelmarin.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah atas usaha JaPen yang giat melaksanakan Info On Wheels (IOW) dalam membantu masyarakat memahami langkah pencegahan dan penularan wabak Covid-19 seterusnya mengenai kepentingan pengambilan vaksin.
Tambah Zahidi, JaPen bersama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merupakan barisan hadapan kementerian yang juga antara penyumbang pencapaian imuniti berkelompok Covid-19 atas usaha penyebaran maklumat meski dalam fasa pandemik melanda negara.
Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, sebanyak 75 Program Sepakat@Komuniti dilaksanakan di seluruh negeri dalam usaha menyampaikan dasar-dasar kerajaan ke peringkat akar umbi.
“Selain itu, JaPen turut membantu menjayakan 521 Program Jangkauan Luar Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) yang dianjurkan bersama CITF negeri dan daerah. Pada program tersebut, sebanyak 270 483 orang berjaya didaftarkan bagi mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.
Hadir sama, isteri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datik Nooraine Ahmad, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa, wakil Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Cyril Simon, wakil Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Izham Johari serta pegawai-pegawai kanan dan warga JaPen Sabah./Penerangan-
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]22 OKTOBER 2021, UTUSAN MALAYSIA, PENTING PEGAWAI PR TAHU BUAT KERJA
jonathan2023-10-27T18:23:28+08:00- Penulisan: Mereka bukan sahaja dapat menghasilkan penulisan korporat yang baik tetapi mengetahui dengan tepat kata-kata, istilah yang digunakan. Ini kerana mereka terlibat dalam semua jenis penulisan seperti memo, blog, siaran akhbar, teks ucapan kertas putih dan kemas kini media sosial.
- Penyelidikan: Mengetahui bagaimana mencari maklumat untuk membangunkan rancangan yang mantap dan dinamik.
- Penguasaan teknologi: Mereka juga perlu kuasai media web seperti penyuntingan foto dan video. Ini kerana sistem pengurusan kandungan dan program grafik adalah penting apabila membuat persembahan, kandungan video dan potongan cagaran.
- Integriti: Perhatikan butiran dan ralat atau salah faham. Ingat, itu adalah reputasi peribadi pada baris serta pelanggan kementerian. Dengan mengekalkan etika dan jujur dalam semua urusan, kerjaya PR lebih berwibawa dan berjaya.