13 FEBRUARI 2021, HARIAN METRO, APM, RELA TURUN KE JALANAN BANTU PERANGI COVID-19A

Kategori: Liputan Berita 2021

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”9289″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Kuala Lumpur: Seramai lebih 150 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya `turun padang’ mendekati masyarakat bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dipatuhi.

Pengarah APM Wilayah Persekutuan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, program pemerkasaan komuniti dan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu dilakukan bersama kakitangan Jabatan Penerangan, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pemimpin komuniti.

Menurutnya, program itu sudah dimulakan sejak 4 Februari lalu dalam usaha mendekati warga kota selain memerangi penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi di Lembah Klang.

“Setiap hari, pegawai dn anggota APM membabitkan lima daerah akan melawat kawasan kediaman, masjid, surau dan tumpuan awam bagi mendekati komuniti ini.

“Kami dan RELA akan memberi ingatan dan penerangan kepada masyarakat selain mengedarkan risalah, topeng muka serta cecair sanitasi kepada mereka,” katanya tadi.

Menurutnya, petugas Jabatan Penerangan pula akan membuat hebahan menggunakan pembesar suara berhubung pentingnya mematuhi SOP memerangi Covid-19.

“Malah pembabitan pemimpin komuniti dapat membantu menyalurkan maklumat dengan lebih tepat dan lancar.

“Antara lokasi dikunjungi kami adalah Pasar Keramat, Pasar Pudu, Pasar Kampung Pandan, Bazaria Kerinchi dan kedai di Presint 14 serta Flat Putra Harmoni (Hijau), Putrajaya,” katanya.

Affendy berkata, program itu akan dilakukan setiap hari sehingga angka jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan sepenuhnya.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]