14 JAN (SPRM) JABATAN PENERANGAN MALAYSIA LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH

Category: Liputan Berita 2025

Putrajaya, 14 Januari – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Majlis IBR itu diadakan sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Penerangan Malaysia Bil.1/2025 dan Majlis Amanat Ketua Pengarah Penerangan 2025 di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Komunikasi Malaysia di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Dato’ Azmi Kamaruzaman telah menyaksikan IBR yang diketuai oleh Ketua Pengarah Penerangan, Puan Julina Johan.

Lafaz IBR JaPen ini telah dibacakan oleh  Pengarah Pengurusan Kanan, JaPen, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin melibatkan seramai kira-kira 700 warga kerja  yang diadakan secara fizikal dan maya.

Terdahulu dalam majlis tersebut, Ketua Sektor Inisiatif  Antirasuah, Bahagian Perancangan Governans Nasional SPRM, KPKPj Mohd Nur Lokman Samingan telah menyampaikan ceramah bertajuk “Aspirasi Pemerkasaan Governans, Integriti dan Antirasuah Negara”.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato’ Nazli Rasyid Hj. Sulong, Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri JaPen.