30 JUN 2025 (MALAYSIA AKTIF) KOMUNITI MADANI TENDONG PERKASA MAKLUMAT SAHIH MELALUI MEDIA SOSIAL
balqis2025-07-08T10:51:13+08:0028 JUN 2025 (BERITA RTM) KARNIVAL KITA MADANI X PROGRAM MADANI RAKYAT RAPAT JURANG, SEBAR LUAS MAKLUMAT SAHIH
balqis2025-07-08T10:49:01+08:0017 JUN 2025 (MALAYSIA MADANI) KOMUNITI MADANI LEBUH CHULIA ASAH KEMAHIRAN PENGACARAAN MAJLIS
balqis2025-06-18T10:07:15+08:0015 JUN 2025 (TV SARAWAK) KOMUNITI MADANI PERKUKUH PERPADUAN PERPADUAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
balqis2025-06-18T10:04:48+08:00BALINGIAN, 15 Jun: Penubuhan Komuniti MADANI bukan sekadar menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat tetapi juga platform penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, inisiatif itu memberi tumpuan kepada penyampaian dasar pembangunan, maklum balas rakyat dan memupuk semangat cintakan negara merentas lapisan masyarakat.
“Kehadiran pelbagai lapisan komuniti membuktikan semangat perpaduan dan kedamaian yang menjadi teras kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya ketika merasmikan Program Jiwa@Komuniti MADANI 3 sempena sambutan Ngiling Bidai di Rumah Ebbie Gat, Sungai Seteras pada Sabtu.
Beliau turut menyeru agar Komuniti MADANI terus memainkan peranan aktif dalam menyalurkan maklumat sahih kepada masyarakat di samping memperkukuh kefahaman terhadap dasar kerajaan.
Mengulas sambutan Ngiling Bidai, beliau menyifatkannya bukan sahaja sebagai simbol penutupan Gawai Dayak tetapi lambang keharmonian budaya berbilang kaum di Sarawak yang diraikan bersama seperti Majlis Belanggar Meja dalam budaya Melayu selepas Aidilfitri.
“Apa yang penting ialah semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kepelbagaian bangsa, budaya dan agama. Inilah kekuatan sebenar Sarawak yang perlu dipelihara,” ujarnya.
Abdul Yakub turut menggesa rakyat menolak sebarang unsur perpecahan dan isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian negara sambil menyifatkan Sarawak sebagai model Malaysia majmuk yang bersatu padu.
Program anjuran bersama Jabatan Penerangan, Komuniti MADANI 3 Sungai Balingian, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta pelbagai agensi lain itu turut melibatkan penglibatan aktif komuniti setempat. – TVS
15 JUN 2025 (MALAYSIA AKTIF) KOMUNITI MADANI PERKUKUH HALA TUJU DAN KECEMERLANGAN KERAJAAN PERPADUAN
balqis2025-06-18T10:02:34+08:0010 JUN 2025 (RTM) KOMUNITI MADANI PERLU OPTIMUMKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
balqis2025-06-18T10:00:28+08:0010 JUN 2025 (BERNAMA) KOMUNITI MADANI PERLU OPTIMUMKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
balqis2025-06-18T09:59:13+08:0010 JUN 2025 (ASTRO AWANI) KOMUNITI MADANI PERLU OPTIMUMKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
balqis2025-06-18T09:55:35+08:00ALOR SETAR: Komuniti MADANI diminta supaya mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai platform untuk menyalurkan maklumat sahih mengenai sesuatu isu.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata ia merupakan antara inisiatif bagi memperkasakan Komuniti MADANI dalam usaha menangkis maklumat palsu sekali gus membekalkan maklumat yang tepat di peringkat akar umbi dengan lebih efisien.
"Kita akan minta Jabatan Penerangan untuk kumpul maklumat (salurkan) kepada mereka untuk disampaikan kepada komuniti masing-masing (melalui media sosial)," katanya selepas Majlis Perasmian Akademi Asas Penerangan (ASAS) Zon Utara A di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan ASAS untuk semua Komuniti MADANI juga akan ditambah baik dengan modul tambahan yang lebih terperinci agar dapat memberikan hasil lebih berkesan pada masa akan datang.
Fahmi juga berkata ASAS mampu membimbing Komuniti MADANI untuk berhujah dengan lebih baik, ringkas dan tepat bagi memastikan setiap penerangan difahami dengan jelas oleh rakyat.
"Bagi satu-satu isu yang timbul, biasanya (memerlukan) penyampaian maklumat yang ringkas dalam bentuk format dan cara sesuai dengan sesuatu komuniti supaya ia lebih berkesan," katanya.
Terdahulu, Fahmi menyantuni hampir 90 ahli Komuniti MADANI dari Kedah dan Perlis pada program anjuran JaPen itu.
Sementara itu, JaPen dalam kenyataan memaklumkan program tersebut merupakan satu inisiatif strategik bagi memperkukuh jaringan komunikasi kerajaan di peringkat akar umbi yang turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan komuniti sebagai ejen komunikasi berwibawa selaras dengan nilai-nilai yang digariskan dalam kerangka Malaysia MADANI.
Menurut JaPen, penganjuran kali ini merupakan yang ketiga bagi 2025 dan pertama di Zon Utara dan setakat ini, program ASAS telah melatih 420 peserta dari seluruh negara.
"Hasil penyertaan itu, sebanyak 335 video pendek yang menjelaskan pelbagai isu semasa telah dimuat naik oleh peserta di pelbagai platform media sosial sebagai sebahagian daripada usaha memperluas capaian maklumat sahih kepada masyarakat," katanya.
Modul ASAS dibangun berasaskan pendekatan Training of Trainers yang bertujuan memastikan ahli Komuniti MADANI berupaya berperanan sebagai Key Opinion Leader di peringkat komuniti masing-masing.
-- BERNAMA