14 JULAI 2021, UTUSAN MALAYSIA, DIALEK ‘LEPEH’ TARIK PERHATIAN PENDUDUK

Category: Liputan Berita 2021

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”11478″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]LIPIS: Bahasa mencerminkan budaya sesebuah bangsa digunakan untuk berkomunikasi dalam urusan kehidupan harian.

Dalam apa juga dialek tempatan atau daerah yang digunakan bagi tujuan berkenaan, bahasa tetap unggul serta cukup penting untuk menyampaikan maklumat supaya mereka yang mendengar faham dan jelas.

Begitulah pendekatan dilakukan Jabatan Penerangan Pahang (JPP) Lipis yang menggunakan bahasa atau dialek Lipis yang cukup sinonim dengan sebutan ‘Lepeh’ dalam kalangan penduduk untuk menghebahkan maklumat tentang ancaman wabak Covid-19.

Hebahan yang dilakukan oleh dua petugas jabatan berkenaan menggunakan bahasa daerah lebih mudah dan selesa untuk mengingatkan penduduk di taman perumahan bandar Kuala Lipis berhubung kewaspadaan ancaman penularan wabak Covid-19, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan mengambil suntikan vaksinasi.

Dimulakan dengan sebutan salam oleh petugas wanita dengan sebutan ‘Lepeh’ yang intonasinya agak lanjut kemudian disambung pula oleh petugas lelaki bercakap menerusi pembesar suara di kenderaan pacuan empat roda jabatan tersebut.

Antara sebutan petugas lelaki, iaitu mengajak semua penduduk dengan berkata ‘Moh la kita beringat belake, Covid-19 hari ni masih ada lagi wee!.

Ada beberapa perkataan yang disebut ‘mengkala’ (manakala), ‘wooo’ (seruan tanda ramai), ‘tekde’ (tidak ada).

Antara sebutan yang menarik menerusi pautan video ini,’ Kalau tekde urusan penteng, tak payahlah kelua ke hulu ke hilir, perentan-perentan (waktu-waktu) ni hah duduklah di rumah….”

Bagi mereka yang pertama kali mendengar hebahan ini mungkin agak sukar untuk memahami dialek Lepeh berbanding penduduk di sini sudah pun hadam dengan bahasa berkenaan.

Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan Lipis, Shahnam Abd. Rashid berkata, beliau bersetuju dan memuji usaha JPP menghebahkan maklumat Covid-10 dengan menggunakan dialek tersebut.

“Bahasa Melayu cukup kaya kosa kata, lagi puitis dan indah apatah lagi pengucapan menerusi dialek tempatan (daerah) sekali gus memaparkan pelbagai ragam bahasa, iaitu cara serta budaya penduduk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat setempat.

“Menerusi pendekatan ini membolehkan pendengar (penduduk) pantas memahami maksud penyampai lebih lagi kerajaan sedang berusaha bersungguh menerusi peranan semua agensi untuk mengawal dan menghapuskan jangkitan wabak Covid-19,” ujarnya.

Apapun syabas kepada JPP Lipis kerana menggunakan pendekatan dialek daerah itu sentiasa kerap kali mengingatkan penduduk daripada kecuaian mematuhi SOP di bawah penguatkuasaan PKP serta mengambil suntikan vaksinasi. –  UTUSAN ONLINE[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]