16 OGOS 2021, SINAR HARIAN, EDAR 1,500 JALUR GEMILANG SEMARAK SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Category: Liputan Berita 2021

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”12194″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]SUNGAI BESAR – Sebanyak 1,500 Jalur Gemilang diagihkan kepada penduduk dan premis yang dikenal pasti di daerah Sabak Bernam bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Pegawai Daerah Sabak Bernam, Amri Ismail berkata, program itu dilaksanakan Jabatan Penerangan (Japen) menerusi unit bergeraknya, ‘Info on Wheels’ (IOW) di 15 lokasi sekitar daerah berkenaan.

Menurutnya, pengedaran Jalur Gemilang dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebagai langkah pencegahan Covid-19.

“Sukarelawan yang mengedarkan Jalur Gemilang terikat dengan SOP seperti penggunaan pelitup muka dan penjarakkan fizikal selain tiada serahan bersemuka.

“Kita juga menggunakan kaedah tanpa sentuh iaitu dengan meletakkan Jalur Gemilang di peti surat atau hadapan pintu rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam di Dataran Patriotik Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam di sini pada Isnin.

Amri berkata, program itu bertujuan menyemarakkan semula semangat patriotik dalam kalangan masyarakat yang mungkin suram akibat wabak Covid-19 yang melanda negara.

“Kita harap kempen kibar Jalur Gemilang ini menjadi pembakar semangat untuk kita semua bukan sahaja dalam kalangan kakitangan kerajaan tetapi semua penduduk daripada pelbagai latar belakang supaya tidak melupakan ulang tahun kemerdekaan negara,” katanya.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]