GEORGE TOWN, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 15 orang ahli Komuniti MADANI Lebuh Chulia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menunjukkan minat yang tinggi dalam memperkaya kemahiran berkomunikasi menerusi Bengkel Pengacaraan Majlis yang dilaksanakan selama satu hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Padang Kota, di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Komuniti MADANI Lebuh Chulia Ng Chun Wei, berkata bengkel tersebut memberikan pendedahan menyeluruh mengenai pengacaraan majlis.
“Bengkel ini memberi saya pemahaman yang lebih mendalam tentang pengacaraan majlis.
“Pengisian aktiviti bengkel seperti pengenalan kepada bidang pengacaraan majlis, tugasan pengcaraan majlis, teknik penyediaan skrip dan lontaran vokal membuatkan saya lebih yakin tampil kehadapan untuk mengendalikan acara di masa hadapan,” katanya.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Lebuh Chulia bukan sahaja memperkasa Komuniti MADANI dengan kemahiran pengacaraan tetapi menyemarakkan semangat perpaduan dan kesedaran sivik.
kerana diberi peluang untuk menyertai bengkel tersebut.
“Walaupun saya masih muda, bengkel ini membuka mata saya tentang pentingnya komunikasi yang baik.
“Saya berharap dapat menjadi pengacara majlis di sekolah saya suatu hari nanti,” katanya.
-ZS-