22/4/2021 UTUSAN BORNEO ONLINE, JAPEN SABAH PERHEBAT IOW

Category: Liputan Berita 2021

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”10325″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KOTA KINABALU: Ketika negara masih dalam fasa kedua pemberian vaksin COVID-19, Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah terus memperhebat program Info On Wheels (IOW).

Menurut Pengarahnya, Nadzerah Abdullah, program IOW terus diperhebat dengan menggerakkan 125 anggotanya dengan 28 buah kenderaan di seluruh Sabah bagi menyampaikan maklumat mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam mendepani pandemik COVID-19.

“Kita telah melaksanakan program IOW berkait COVID-19 ini sejak tahun lepas dan kita berjaya membantu menyumbang kepada kejayaan kerajaan negeri dalam melandaikan keluk pandemik COVID-19 di Sabah.

“Pada tahun ini, kita perhebatkan lagi IOW dan memberi perhatian kepada pendaftaran vaksin dalam kalangan masyarakat khususnya di kawasan luar bandar.

“Kita mengekalkan konsep yang sama cuma strategi yang sedikit berbeza dengan memfokus kepada hotspot dalam lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sejak Januari 2021, kita telah melaksana 9,336 hebahan umum meliputi 25 buah daerah di seluruh Sabah pada setiap hari.

“Hebahan ini kita adakan untuk mengingatkan masyarakat mengenai pematuhan SOP, mengamalkan 3W (Wash, Wear, Warn), elakkan 3C (Crowded Space, ConfinedSpace, Close Conversation), Proklamasi Darurat 2021 dan program vaksinasi dan imunisasi melalui edaran risalah dan poster,” ujarnya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Tambah Nadzerah, selain memperkenalkan barisan kepimpinan JaPen Sabah yang baharu, kunjungan itu juga bertujuan untuk memaklumkan beberapa program terkini yang disesuaikan dengan pembudayaan norma baharu.

Antaranya ialah Program Pidato Peringkat Negeri (dalam talian), Program Signature@ UTC, Program Malaysia Through Malaysia (Online), Program Skillbox @Kelab Malaysiaku (webinar) dan Program The Singing Community.

Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan, Ketua Penolong Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin dan Ketua Penolong Pengarah Khidmat dan Pengurusan Kewangan, Patrick Laing Ngau.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]