[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”11221″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Jeli: Tanggungjawab diberikan sebagai pengantara dengan membuat pengumuman dalam dialek suku kaum Jahai berjaya ‘memujuk’ masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Begitu usaha dilakukan Ramli Lanas, 56, dari Kampung Manok, Sungai Rual, di sini, menerusi kempen Info On Wheels yang dilaksanakan Jabatan Penerangan negeri (Japen).
Ramli berkata, dia akan membaca maklumat yang disediakan mengenai keperluan mendapatkan vaksin sebelum menterjemahkannya mengikut dialek etniknya.
“Cara ini memang berkesan dan hari ini ramai (masyarakat Orang Asli) yang datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Sungai Rual, di sini, untuk medapatkan suntikan.
“Sebelum ini ada juga yang enggan disuntik kerana bimbang dengan kesannya, malah ada pihak yang tidak bertanggungjawab memberitahu kemungkinan besar kesannya akan membawa kepada kematian.
“Saya lihat kaedah hebahan dalam dialek kami berkesan untuk memujuk penduduk kampung,” katanya.
Jeli: Tanggungjawab diberikan sebagai pengantara dengan membuat pengumuman dalam dialek suku kaum Jahai berjaya ‘memujuk’ masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Begitu usaha dilakukan Ramli Lanas, 56, dari Kampung Manok, Sungai Rual, di sini, menerusi kempen Info On Wheels yang dilaksanakan Jabatan Penerangan negeri (Japen).
Ramli berkata, dia akan membaca maklumat yang disediakan mengenai keperluan mendapatkan vaksin sebelum menterjemahkannya mengikut dialek etniknya.
“Cara ini memang berkesan dan hari ini ramai (masyarakat Orang Asli) yang datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Sungai Rual, di sini, untuk medapatkan suntikan.
“Sebelum ini ada juga yang enggan disuntik kerana bimbang dengan kesannya, malah ada pihak yang tidak bertanggungjawab memberitahu kemungkinan besar kesannya akan membawa kepada kematian.
“Saya lihat kaedah hebahan dalam dialek kami berkesan untuk memujuk penduduk kampung,” katanya.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]