[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”12019″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KUALA LUMPUR: Jabatan Penerangan sedang menjalankan soal selidik berkenaan Reaksi Terhadap Cadangan Kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Individu Yang Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19 bagi mendapatkan maklum balas masyarakat.
Jabatan itu memaklumkan, agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKKM) itu mengadakan soal selidik bagi melihat sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap kelonggaran terhadap individu yang lengkap dua dos vaksin.
“Kita meminta kerjasama mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas untuk menjawab soal selidik ini secara dalam talian melalui https://forms.office.com/r/em8DGkNEKZ,” katanya.
Katanya, kajian itu diadakan selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad ini.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]