[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”9551″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]JERANTUT: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mempunyai tiga buah van iM@JaPen bernilai RM1.2 juta untuk kegunaan Jabatan Penerangan.
Menterinya, Datuk Saifudin Abdullah berkata, van khas bernilai RM400,000 sebuah itu dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi berfungsi dalam semua situasi termasuk ketika bencana.
Menurutnya, kenderaan iM@JaPen yang diubah suai dengan pelbagai kemudahan teknologi menjadi pusat operasi dalam majlis tertentu atau ketika bencana di lokasi tiada capaian internet.
“Kenderaan itu yang berperanan sebagai medium perhubungan media sekali gus memastikan penyampaian maklumat yang tepat, cepat dan sahih kepada rakyat dan juga pengamal media massa.
“Sebanyak tiga kenderaan fasa pertama bersiap siaga berfungsi dan kemudahan itu akan ditambah di negeri Sabah dan Sarawak secara berperingkat,” katanya kepada pemberita pada Program Malaysia Prihatin di Dewan Banquet Majlis Daerah Jerantut, di sini hari ini.
Yang hadir sama Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Zuridan Mohd. Daud dan ADUN Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badaruddin serta Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris.
Saifuddin berkata, van iM@JaPen adalah kenderaan khas yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi kakitangan Jabatan Penerangan.
Tambah beliau, skop operasi penyediaan kenderaan khas berkenaan meliputi kemudahan ruang kerja petugas, akses internet, alat siaraya dan skrin serta sokongan alatan informasi untuk kemudahan petugas Jabatan Penerangan dan media.
“Ini secara langsung sebagai Pusat Media Bergerak yang meliputi Pusat Media Bencana, Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK), Pusat Media Acara Rasmi Kerajaan, Pusat Media Latih Amal,” katanya.
Di samping itu, katanya, van iM@JaPen berperanan sebagai Pusat Hebahan Bergerak bagi program di lapangan Info On Wheel, perucapan awam menggunakan alat siaraya dan visual.
“Van ini juga sebagai Pusat Pengedaran Bahan Penerbitan yang meliputi pameran bergerak, paparan infografik dan edaran bahan-bahan penerbitan dasar negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]