Laporan/foto: Shahmie Rozman (Gua Musang)
GUA MUSANG, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Bengkel Penampilan Komunikasi Berkesan ‘Kecek Molek Ore Pehe’ di Dewan Sri Galas, Hospital Gua Musang berjaya memperkukuh kemahiran berkomunikasi petugas-petugas di hospital tersebut.
Aktiviti sketsa dan simulasi komunikasi
oleh peserta sebagai latihan praktikal bagi
mengukuhkan kemahiran penyampaian
dan interaksi berkesan.
Seramai 45 peserta menyertai bengkel anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Gua Musang dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang yang dirasmikan Pegawai Pergigian Daerah Gua Musang, Dr. Marniza Muhammad.
Menurut Marniza kemahiran komunikasi berkesan amat penting dalam kalangan warga kesihatan.
“Ia bagi memastikan penyampaian maklumat rawatan lebih jelas serta membina hubungan positif dengan pesakit dan masyarakat,” katanya, di sini semalam.
Sesi bergambar kenangan bersama selepas
tamat Bengkel Komunikasi Berkesan di
Dewan Sri Galas, Hospital Gua Musang.
Pegawai Penerangan Daerah Gua Musang Norhayati Samsu Anuar berkata kemahiran komunikasi berperanan penting dalam membentuk imej, kredibiliti dan keyakinan organisasi khususnya ketika berhadapan dengan orang awam.
Sepanjang bengkel, peserta didedahkan dengan teknik komunikasi berkesan, termasuk penyampaian mesej yang jelas, penggunaan bahasa tubuh yang sesuai serta pendekatan komunikasi dua hala, selain aktiviti praktikal dan simulasi.
-RI