Laporan/foto: Sarah Nur/Mohammad Ezwandi (Perak)
IPOH, 30 Mac (MalaysiaAktif) – Lebih 3,000 pengunjung membanjiri Program Satelit: Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat (PMR) 2.0 Peringkat Negeri Perak 2026 yang berlangsung di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, di sini kelmarin.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi
dan Pembangunan Masyarakat JAPEN
Muhammad Najmi Mustapha,
berkata karnival tersebut merupakan platform
‘turun padang’ bagi menyalurkan maklumat
sahih mengenai dasar dan inisiatif kerajaan
terus kepada masyarakat akar umbi.
Program edisi pertama bagi tahun 2026 itu dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai promosi awal menjelang acara kemuncak PMR Perak pada 3 hingga 5 April depan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru.
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JAPEN Muhammad Najmi Mustapha berkata karnival tersebut merupakan platform ‘turun padang’ bagi menyalurkan maklumat sahih mengenai dasar dan inisiatif kerajaan terus kepada masyarakat akar umbi.
“Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh peranan kerajaan dalam mendekati rakyat, malah meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap aspirasi Malaysia MADANI dan Wawasan Perak Sejahtera 2030,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, kelmarin.
Forum Santai Generasi Digital, Jiwa Kenegaraan
turut diselitkan untuk menyampaikan inisiatif
kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna
internet dididik dan terbela.
Mengulas mengenai pengisian program, Muhammad Najmi berkata pelbagai inisiatif kesejahteraan disediakan termasuk Jualan Rahmah dan Jualan Agro MADANI yang menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Selain itu, program itu turut menyediakan perkhidmatan tukar minyak hitam motosikal secara percuma, pemeriksaan kesihatan, kempen derma darah serta kaunter perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan.
Turut diadakan Forum Santai: Generasi Digital, Jiwa Kenegaraan yang menampilkan panel daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bagi membina budaya digital yang sihat dalam kalangan rakyat.
-RI