IPOH, 4 April – Kira-kira 40 pengamal media daripada pelbagai agensi membuat liputan Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 di Perak yang sedang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah berkesempatan meluangkan masa beramah mesra bersama mereka di Pusat Media.
Beliau turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media terlibat termasuk wartawan yang melaporkan berita mengenai program tersebut.
Turut hadir ialah Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Abdul Karim Fakir Ali, Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya, Pengarah MCMC Perak, Mohd Irwan Mohamad serta Pengarah Jabatan Penerangan Perak, Azrul Hassan.
Perak yang membuka tirai PMR 2026, menyasarkan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari bermula Jumaat.