PRN JOHOR : DUA PUSAT MEDIA MUDAHKAN URUSAN LIPUTAN

PRN JOHOR : DUA PUSAT MEDIA MUDAHKAN URUSAN LIPUTAN
Category: Liputan Berita 2026

JOHOR BAHRU, 28 Jun – Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan membuka dua Pusat Media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan pengamal media untuk membuat liputan serta penyebaran maklumat.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata pusat berkenaan terletak di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sabak Awor, Muar dan Hotel Seri Malaysia Johor Bahru, Larkin.

“Dua Pusat Media ini akan beroperasi hingga 11 Julai nanti iaitu pada hari mengundi dari pukul 9 pagi hingga 9 malam,” katanya.

Pihaknya mengalukan semua pengamal media untuk menggunakan fasiliti yang disediakan di 100 Pusat NADI seluruh Johor sebagai pusat media sokongan sepanjang tempoh pilihan raya.

“Pihak kami akan memastikan kelajuan internet di setiap Pusat NADI tidak kurang 100 Mbps bagi memudahkan pengamal media untuk melaksanakan urusan menghantar foto dan video,” katanya.

Selain itu, pusat berkenaan turut dilengkapi fasiliti seperti komputer riba, mesin pencetak dan fotokopi yang boleh diguna pakai.