Post Date: 23 June 2026
MERSING, 23 Jun – Program Ziarah Kasih diperkukuh dalam usaha mendekati rakyat selain menyampaikan bantuan secara langsung kepada kumpulan sasar.
Setiausaha Politik Menteri Komunikasi, Abdullah Izhar Mohamed Yusof berkata inisiatif Kerajaan MADANI menerusi program seperti ini akan diteruskan secara berkala selaras aspirasi Malaysia MADANI.
“Penerima bantuan dikenal pasti menerusi kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Komuniti MADANI dengan program yang akan diteruskan semasa dari semasa,”katanya pada Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai Edisi Piala Dunia di Endau.
Pada program itu beliau turut meluangkan masa menyantuni warga emas serta golongan memerlukan dengan menyalur bantuan merangkumi peralatan kesihatan.