FAQs

Frequently Asked Questions


Tanggungjawab Komuniti Harapan Malaysia adalah menjalankan aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi dan kenegaraan melalui satu kumpulan pemimpin akar umbi sebagai penggerak masyarakat melalui penyebaran maklumat serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap kepimpinan kerajaan dan negara serta memupuk dan mengekalkan perpaduan dalam masyarakat sebagai asas kekuatan dan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat pembelian gambar secara dalam talian melalui portal MyFoto.
Fungsi PENTARAMA ialah menyampaikan maklumat rasmi kerajaan secara bersemuka kepada pelbagai peringkat masyarakat melalui hiburan pentas. Ia disasarkan untuk memberi pendidikan tidak formal kepada audiens dalam membentuk sikap positif supaya masyarakat menyokong dasar dan aktiviti kerajaan.
Fungsi utama Jabatan Penerangan Malaysia adalah untuk memasar maklumat dasar-dasar negara bagi meningkatkan kefahaman dan sokongan rakyat kepada kerajaan semasa; memperluas jaringan hubungan komunikasi menerusi pelbagai program komunikasi bersemuka; membangun kandungan digital yang kreatif dan inovatif mengenai dasar-dasar negara melalui platform media sosial; menghasilkan dan menerbitkan bahan penerbitan dan bahan komunikasi visual mengenai dasar-dasar negara; memantau dan mengurus isu-isu semasa untuk meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat; menyediakan khidmat pengurusan kepada media dan perkhidmatan perundingan perhubungan awam kepada agensi kerajaan; dan mengurus khidmat sokongan bagi pengurusan dan pentadbiran meliputi sumber manusia, kewangan, pembangunan dan khidmat teknikal.
Pertandingan Pengisahan Kenegaraan bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia menzahirkan pendapat dan pandangan menerusi medium seni serta budaya. Pertandingan ini juga bermatlamat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap pelbagai isu kenegaraan melalui penyampaian cerita berdasarkan skrip dengan menggunakan kaedah komunikasi bersemuka yang berkesan. Bagi memperkukuh penyampaian, peserta dibenarkan menggunakan pelbagai alat bantuan media seperti komputer, muzik, bahan visual, teknik pencahayaan dan elemen sokongan lain bagi menarik minat serta meningkatkan penghayatan penonton.

Visi Jabatan Penerangan Malaysia ialah menjadi peneraju komunikasi kerajaan yang berwibawa. Misi jabatan pula adalah untuk memasarkan maklumat kerajaan secara strategik melalui pelbagai kaedah komunikasi.

Harga jualan foto adalah mengikut kategori iaitu foto biasa (foto liputan dalam tempoh antara kosong (0) hingga lima (5) tahun), foto sejarah (foto liputan dalam tempoh lebih lima (5) tahun); dan foto eksklusif (foto pemimpin negara, monument dan mercu tanda negara).
JENIS GAMBAR KATEGORI
BIASA SEJARAH EKSKLUSIF
HARGA (DALAM NEGARA)
Bukan Komersial RM80 RM120 RM200
Komersial RM160 RM240 RM350
Papan Iklan (Billboard) RM250 RM350 RM500
Harga (luar negara) yang ditetapkan bagi semua jenis gambar dalam setiap kategori adalah sebanyak USD250. *Kelulusan: Perintah Fi (Fotografi) (Jabatan Penerangan Malaysia) 2024. P. U [A]211.
Koleksi foto boleh ditempah di Pusat Sumber dan Fotografi, Aras 9, Menara Komunikasi, Lot 49G, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pertadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Maklumat-maklumat kenegaraan boleh juga diperolehi melalui sistem Myfoto kerana di dalamnya terdapat koleksi foto-foto dalam pelbagai peristiwa contohnya kemerdekaan, tokoh-tokoh dan sebagainya.
Maklumat kenegaraan boleh diperoleh melalui portal MyFoto (masukkan link dalam ‘myfoto’) yang turut menghimpunkan koleksi foto pelbagai peristiwa penting negara, termasuk sambutan kemerdekaan, tokoh-tokoh negara serta pelbagai acara dan peristiwa bersejarah lain.