Frequently Asked Questions
4. APAKAH 11 BAHAGIAN DI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA?
- Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik;
- Bahagian Gerak Saraf Dan Pengurusan Isu;
- Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan;
- Bahagian Komunikasi Visual Dan Seni Reka;
- Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat;
- Bahagian Media Siber;
- Bahagian Perhubungan Antarabangsa;
- Bahagian Penerbitan Dasar Negara;
- Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat;
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; dan
- Bahagian Teknologi Digital.
1. APAKAH SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA?
Sejarah penubuhan jabatan dikatakan bermula dari tarikh penubuhan Department of Publicity and Printing pada September 1945. Jabatan ini disusun semula untuk disesuaikan dengan pentadbiran sivil mulai 1 April 1946 dan diberi nama baru iaitu Jabatan Perhubungan Raya (Department of Public Relations). Pada tahun 1950, nama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) mula digunakan dengan tugas-tugas yang lebih tersusun dan diperluaskan. JAPEN kemudian diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1961.