9. DI MANAKAH SUMBER MAKLUMAT KENEGARAAN BOLEH DIPEROLEH?
Maklumat-maklumat kenegaraan boleh juga diperolehi melalui sistem Myfoto kerana di dalamnya terdapat koleksi foto-foto dalam pelbagai peristiwa contohnya kemerdekaan, tokoh-tokoh dan sebagainya..8. ADAKAH PEMBELIAN FOTO BOLEH DILAKUKAN SECARA DALAM TALIAN?
Pengguna boleh mendapatkan maklumat pembelian gambar secara dalam talian melalui portal MyFoto..test
this is a lorem ipsum test for faq9. DI MANAKAH SUMBER MAKLUMAT KENEGARAAN BOLEH DIPEROLEH?
Maklumat kenegaraan boleh diperoleh melalui portal MyFoto yang turut menghimpunkan koleksi foto pelbagai peristiwa penting negara, termasuk sambutan kemerdekaan, tokoh-tokoh negara serta pelbagai acara dan peristiwa bersejarah lain..6. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBELI KOLEKSI FOTO YANG TERDAPAT DI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA?
Koleksi foto boleh ditempah di Pusat Sumber dan Fotografi, Aras 9, Menara Komunikasi, Lot 49G, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pertadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.7. BERAPAKAH HARGA FOTO-FOTO TERSEBUT?
Harga jualan foto adalah mengikut kategori iaitu foto biasa (foto liputan dalam tempoh antara kosong (0) hingga lima (5) tahun), foto sejarah (foto liputan dalam tempoh lebih lima (5) tahun); dan foto eksklusif (foto pemimpin negara, monumen dan mercu tanda negara).| JENIS GAMBAR | KATEGORI | ||
|---|---|---|---|
| BIASA | SEJARAH | EKSKLUSIF | |
| HARGA (DALAM NEGARA) | |||
| Bukan Komersial | RM80 | RM120 | RM200 |
| Komersial | RM160 | RM240 | RM350 |
| Papan Iklan (Billboard) | RM250 | RM350 | RM500 |
ADAKAH ANDA MENGETAHUI TANGGUNGJAWAB KOMUNITI HARAPAN MALAYSIA?
Tanggungjawab Komuniti Harapan Malaysia adalah menjalankan aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi dan kenegaraan melalui satu kumpulan pemimpin akar umbi sebagai penggerak masyarakat melalui penyebaran maklumat serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap kepimpinan kerajaan dan negara serta memupuk dan mengekalkan perpaduan dalam masyarakat sebagai asas kekuatan dan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.5. APAKAH FUNGSI PENTARAMA?
Fungsi PENTARAMA ialah menyampaikan maklumat rasmi kerajaan secara bersemuka kepada pelbagai peringkat masyarakat melalui hiburan pentas. Ia disasarkan untuk memberi pendidikan tidak formal kepada audiens dalam membentuk sikap positif supaya masyarakat menyokong dasar dan aktiviti kerajaan.5. APAKAH MATLAMAT PROGRAM PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN ANJURAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA?
Pertandingan Pengisahan Kenegaraan bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia menzahirkan pendapat dan pandangan menerusi medium seni serta budaya. Pertandingan ini juga bermatlamat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap pelbagai isu kenegaraan melalui penyampaian cerita berdasarkan skrip dengan menggunakan kaedah komunikasi bersemuka yang berkesan. Bagi memperkukuh penyampaian, peserta dibenarkan menggunakan pelbagai alat bantuan media seperti komputer, muzik, bahan visual, teknik pencahayaan dan elemen sokongan lain bagi menarik minat serta meningkatkan penghayatan penonton.4. APAKAH 11 BAHAGIAN DI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA?
- Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik;
- Bahagian Gerak Saraf Dan Pengurusan Isu;
- Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan;
- Bahagian Komunikasi Visual Dan Seni Reka;
- Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat;
- Bahagian Media Siber;
- Bahagian Perhubungan Antarabangsa;
- Bahagian Penerbitan Dasar Negara;
- Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat;
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; dan
- Bahagian Teknologi Digital.