Fungsi utama Jabatan Penerangan Malaysia adalah untuk memasar maklumat dasar-dasar negara bagi meningkatkan kefahaman dan sokongan rakyat kepada kerajaan semasa; memperluas jaringan hubungan komunikasi menerusi pelbagai program komunikasi bersemuka; membangun kandungan digital yang kreatif dan inovatif mengenai dasar-dasar negara melalui platform media sosial; menghasilkan dan menerbitkan bahan penerbitan dan bahan komunikasi visual mengenai dasar-dasar negara; memantau dan mengurus isu-isu semasa untuk meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat; menyediakan khidmat pengurusan kepada media dan perkhidmatan perundingan perhubungan awam kepada agensi kerajaan; dan mengurus khidmat sokongan bagi pengurusan dan pentadbiran meliputi sumber manusia, kewangan, pembangunan dan khidmat teknikal.