APAKAH MATLAMAT PROGRAM PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN ANJURAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA?jonathan2026-07-13T10:31:34+08:00
Pertandingan Pengisahan Kenegaraan bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia menzahirkan pendapat dan pandangan menerusi medium seni serta budaya. Pertandingan ini juga bermatlamat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap pelbagai isu kenegaraan melalui penyampaian cerita berdasarkan skrip dengan menggunakan kaedah komunikasi bersemuka yang berkesan.
Bagi memperkukuh penyampaian, peserta dibenarkan menggunakan pelbagai alat bantuan media seperti komputer, muzik, bahan visual, teknik pencahayaan dan elemen sokongan lain bagi menarik minat serta meningkatkan penghayatan penonton.